Thursday, November 26, 2009

PART 1 Kem Kelab Bakti Gunung Keledang Hotel HillCity Ipoh 13-15 November 2009

PART 2 Kem Kelab Bakti Gunung Keledang Hotel HillCity Ipoh 13-15 November 2009

KEM EKONOMI 2009 ANJURAN KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG 13-15 NOV.2009



Pada 13-15 November 2009, seramai lima orang ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman iaitu Farizuwan b Abdul Rahman (4T), Muhamad Naqib b. Md Salim (4P), Azirul Azeem b. Mazri (4P), Muhammad Syamim b. Nazida (4S),Muhammad Zaim Yusran Bin Mohd Zaidy (4T) dan Ashman Ezani Bin Amirudin(4S) telah menyertai Kem Ekonomi anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang(KBGK) bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Kelab ini merupakan sebuah NGO melayu yang bergiat dalam kebaktian masyarakat sejak ditubuhkan pada tahun 1977.
Kem Ekonomi ini dianjurkan dengan kerjasama K-Perak Incorporated Sdn. Bhd. dan Jabatan Pelajaran Perak (JPN). Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para peserta kepada dunia usahawan dan potensi perniagaan global berinternet.
Peserta program ini adalah seramai 32 orang dari sekolah-sekolah di sekitar Perak iaitu :
i) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
ii) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
iii) Sekolah Menengah Anderson
iv) Sekolah Perempuan Methodist
v) Sekolah Raja Perempuan
vi) Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash

Pada hari pertama, iaitu Jumaat 13 November 2009 kami telah didedahkan tentang satu cara menarik untuk mengenali diri iaitu berbentuk segitiga tarikh lahir oleh Dr. Zieman. Setelah itu, kesemua peserta dibahagi kepada lima buah kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Zealous, Zeus, Independence Junior, Reverie dan Marvels. Setiap kumpulan dianggotai sekurang-kurangnya seorang peserta daripada STAR dan MCKK. Di sebelah malam, kami telah diberi motivasi untuk memperkembangkan potensi dan ciri kreatif serta inovatif dalam diri masing-masing. Kami juga telah dihiburkan dengan beberapa persembahan multimedia ‘Standup Comedy’. Peserta-peserta juga telah diberi sejumlah masa untuk memikirkan tentang persembahan lamanweb dan standup comedy.

Pada hari kedua, Sabtu 14 November 2009 kami telah dibawa ke Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) untuk sesi pembinaan laman web untuk e-commerce. Keseluruhan slot-slot ini dibimbing oleh En. Zaidi yang pakar dalam bidang ICT dan laman web. Setelah tamat, iaitu pada pukul 5.00 petang kami kembali ke Hotel Hillcity dan bersiap sedia untuk slot persembahan standup comedy pada malam tersebut. Seorang daripada ahli kelab tersebut telah memberi taklimat tentang bagaimana menjadikan hobi sebagai satu perniagaan. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar kita iaitu Muhammad Naqib b. Md Salim telah berjaya mendapat hadiah berupa seutas jam tangan berjenama Casio setelah berjaya menjawab soalan daripada fasilitator. Selepas itu, peserta-peserta telah mempersembahkan jenaka spontan masing-masing. Selepas slot tersebut, para peserta telah diberi masa ataupun disebut sebagai ‘Brainstorming’ untuk menyiapkan sentuhan terakhir bagi mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing dalam membina laman web perniagaan.

Pada hari terakhir iaitu Ahad, 15 November 2009 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap peserta program ini. Setelah sarapan, para peserta diminta bersiap sedia untuk mempersembahkan laman web kumpulan masing-masing. Persembahan tersebut telah berlangsung selama satu jam. Program ini diteruskan pula dengan malis penutup dan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta yang berjaya mengungguli acara-acara. Bagi acara StandUp Comedy, Kumpulan Marvels yang dianggotai oleh Muhamad Naqib b. Md Salim(Starians) telah dinobatkan sebagai johan. Sijil dan trofi diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Bagi acara membina laman web e-commerce pula kumpulan Zeus yang turut dianggotai oleh Azirul Azeem b. Mazri (Starians) telah diberi hadiah berupa vaucer untuk dibelanjakan di pusat membeli-belah Jusco atau AEON Berhad setelah berjaya membangunkan laman web yang cemerlang. Program ini diakhiri dengan makan tengahari dan sesi bergambar.

Walaupun program ini diadakan dalam masa yang singkat, namun para peserta telah memanfaatkan masa sepenuhnya dan berusaha untuk mengambil pengalaman sebanyak mungkin. Disamping itu, para peserta juga telah mebina hubungan yang kukuh dengan peserta dari sekolah lain. Dalam kem ini,peserta Sekolah Tuanku Abdul Rahman dilihat lebih menyerlah apabila perbandingan dibuat. Terima kasih kepada guru pengiring kami, Encik Abdul Rahman Bin Rashid kerana membantu dan member semangat serta sokongan dalam Kem Bakti Gunung Keledang ini.

Disediakan oleh:
Azirul Azeem bin Mazri
Briged bestari STAR 2009

star ipoh-PART 1 Lawatan Briged Bestari Rakan Muda Cinta Alam Kuala Gula Taiping Perak 16112009

star ipoh-PART 2 Lawatan Briged Bestari Rakan Muda Cinta Alam Kuala Gula Taiping Perak 16NOV.2009

PROGRAM RAKAN MUDA – CINTA ALAM LAWATAN BRIGED BESTARI STAR KE SANTUARI BURUNG KUALA GULA, TAIPING PERAK 16NOV.2009




Pada 16 November 2009 yang lalu, ahli-ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah melakukan satu lawatan ke santuari burung di Kuala Gula, Taiping Perak. Lawatan ini disertai oleh 40 ahli briged bestari STAR yang terdiri daripada Tingkatan 1,2,3 dan 4. Pelajar tingkatan 5 tidak dapat mengikuti lawatan ini kerana mereka bakal menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada 18 November 2009.
Kuala Gula, Taiping merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah.

Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan bas Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Sebelum melepasi pagar, rombongan lawatan ini sempat bergambar dengan rentangan lawatan. Peserta rombongan memakai baju hitam berlogo Rakan Muda dan beridentiti Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Setelah dua jam perjalanan, rombongan kami tiba di tempat tujuan kami iaitu Santuari Burung Kuala Gula yang juga merupakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Di sini, pelbagai spesies burung-burung dan hidupan paya bakau dijaga bagi memastikan spesies-spesies tersebut kekal berpanjangan dan tidak pupus ditelan zaman.

Setibanya kami di sana, kami sekali lagi bergambar kenangan bersama kakitangan dan pekerja santuari burung tersebut. Kedatangan kami disambut baik oleh kakitangan bertugas di sana. Kami telah diberi penerangan tentang Pusat Santuari Burung dan Jabatan Perhilitan oleh seorang pegawainya bernama Encik Ishak.

Kami juga dipersembahkan dengan tayangan video menjelaskan tentang sejarah dan keistimewaan Kuala Gula, Taiping. Dahulunya, Kuala Gula merupakan pengeluar gula dan mempunyai ladang tanaman tebu. Buktinya, sehingga sekarang masih ada ladang dinamakan Ladang Gula walaupun ladang tersebut merupakan ladang tanaman kelapa sawit. Namun begitu, dengan hasil nelayan di sini, Kuala Gula sekarang telah memainkan peranan sebagai pengeluar belacan dengan adanya kilang belacan di sini.

Kami telah dibawa melihat pameran tentang spesies-spesies hidupan lindungan dan seterusnya melawat perkampungan nelayan. Walaupun kami tidak berkesempatan menaiki bot untuk melihat burung, kami dapat melihat dengan jelas keistimewaan Kuala Gula iaitu kepelbagaian burung dan hidupan lain. Burung-burung bebas berterbangan di atas permukaan air. Selepas itu, kami dibawa untuk menjamu selera sebagai santapan tengahari di kantin Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Taiping. Kami amat bertuah kerana dapat menikmati hidangan nasi ayam yang dimasak khas untuk kami. Setelah puas menjamu selera, kami diberikan peluang lagi sekali untuk meninjau pusat eko-pelancongan bersebelahan dengan santuari burung. Di sini terdapat banyak chalet dan infrastrukturnya menarik kerana berhampiran dengan kuala sungai.Setelah semuanya berakhir, kami berangkat pulang ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Kami memasuki pagar utama Sekolah Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 3.00 petang.

Walaupun lawatan ini hanya sebentar, namun kami telah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberi. Kami telah diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan melindungi hidupan yang diancam kepupusan.

Disediakan oleh:

Azirul Azeem bin Mazri
Tingkatan 4P)
Briged Bestari 2009.
17 November , 2009

PART 2 BENGKEL SUNTINGAN VIDEO REMAJA SIBER BRIGED BESTARI DI BTPN PK 04 NOV.2009

PART 1 BENGKEL SUNTINGAN VIDEO REMAJA SIBER BRIGED BESTARI DI BTPN PK 04NOVEMBER2009

Wednesday, November 25, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA-REMAJA SIBER BENGKEL SUNTINGAN VIDEO BRIGED BESTARI S.T.A.R DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK (BTPN PERAK)-04NOV2009





Pada 4 November 2009, ahli-ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah melaksanakan satu aktiviti lawatan pembelajaran ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)Perak, Ipoh. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para ahli Briged Bestari STAR terhadap cara-cara suntingan video dan multimedia dengan lebih mendalam lagi. Program ini dinamakan Bengkel Suntingan Video yang dianjurkan oleh Rakan Muda dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)Perak. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada pelajari tingkatan 1, 2, 3 dan 4 ahli Briged Bestari.

Para peserta bertolak ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Setibanya kami di sana, kami disambut oleh pegawai-pegawai yang bertugas di sana. Sesudah itu, kami telah diminta untuk memasuki Makmal komputer Putra Bestari di aras dua bangunan tersebut.

Pada awalnya, kami telah diperkenalkan dengan fasilitator iaitu saudara Muhammad Haziq Bin Muhammad Faisal dari Sekolah Menengah Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berusia 15 tahun merupakan rakan sebaya dalam program Rakan Muda-Remaja Siber ini. Kami difahamkan bahawa beliau baru saja habis menduduki peperiksaan PMR semalam dan merupakan seorang yang berkebolehan dalam mengendali perisian yang bakal kami pelajari iaitu Sony Vegas. Perisian ini merupakan perisian yang digunakan oleh pakar suntingan video dan kami amat berbangga serta menghargainya kerana berpeluang mempelajari perisian ini. Setelah itu, mengikut jadual 10.00 pagi para peserta berehat untuk sesi minum pagi di kantin.

Pembelajaran kami diteruskan dengan penerangan lebih lanjut mengenai perisian ini. Kami telah diberi masa untuk mengumpul bahan-bahan bagi menghasilkan video menggunakan idea sendiri. Setiap peserta meneruskan pembelajaran dengan memulakan proses menyunting video dan dibimbing oleh fasilitator yang bertugas. Setiap peserta juga dibenarkan bertanya apabila menghadapi kesulitan dan peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Kami berehat sebentar untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian proses pembelajaran kami diteruskan dengan kembali ke makmal komputer putra bestari.
Para peserta yang Berjaya menghasilkan video tersendiri telah manyimpan hasil kerja mereka di dalam pendrive masing-masing. Sebelum berangkat pulang ke sekolah, kami telah menerima sijil kehadiran bengkel suntingan tersebut yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Encik Muhammad Faisal, setelah selesai acara penyerahan sijil kehadiran, semua pelajar Briged Bestari bergambar kenangan bersama fasilitator, guru pengiring dan pegawai yang bertugas.

Walaupun program bengkel ini dalam masa yang terhad dan singkat, para peserta telah memanfaatkannya sepenuhnya. Segala ilmu yang diperolehi oleh peserta adalah sedia untuk dikongsi bersama-sama. Ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kami berikan kepada pihak Rakan Muda kerana telah member kami peluang keemasan ini. Juga tidak dilupakan kepada guru pengiring kami yang sentiasa bersedia menabur bakti kepada kami dalam masa senang dan susah iaitu Encik Abdul Rahman bin Rashid.

Disediakan oleh:
Azirul Azeem bin Mazri
(Tingkatan 4P)
Briged Bestari 2009.
17 November , 2009

Pertandingan Laman Web-Karnival ICT Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2009 Di SMK Teknik Jln Brash Ipoh Pk ( STAR Naib Johan)

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI BRIGED BESTARI STAR PERTANDINGAN JAVA PROGRAMMING DI UTP, TRONOH PERAK 2008

Briged Bestari STAR-PERTANDINGAN JAVA PROGRAMMING DI UTP, TRONOH PERAK 2008

Program Latihan Pengatucaraan Java (Java Programming) Anak Perak 2008 telah berlangsung pada 12-17 Jun 2008 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak. Program tersebut yang dianjurkan oleh K-Perak INC Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Yayasan Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pihak pengurusan UTP iaitu Jabatan Komputer dan Sains Maklumat UTP. Dalam tempoh latihan selama seminggu, semua pelajar dan guru-guru pengiring berkampung diasrama UTP. Sesi pembelajaran adalah dari pagi, petang dan malam. Program ini berkonsepkan project based learning (PBL) yang mana ianya memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru pengiring mengenai pengaturan java secara khususnya. Syarikat yang menyediakan bahasa pengaturan java ini ialah Sun Microsystem Inc ianya menyediakan java SDK (software Development Kit), Java SEE ( Software Enterprise Edition), Java Servelet dan Java Bean.

Sebanyak 35 buah sekolah menengah negeri Perak yang terpilih telah menyertai program tersebut diantaranya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, MCKK, Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, SERATAS, Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, SMK Hua Lian, Taiping, SMK King Edward VII dan Lain-lain lagi. STAR terdiri daripada 4 orang pelajar Briged Bestari tingkatan 4 iaitu Ahmad Mujahid Husni Bin Salim (ketua Kumpulan), Ahmad Mukhlis bin Rohaizak , Chairil Hafizz Bin Chairil Thaw dan Muhammad Aiman Harith bin M. Zubir. Pelajar-pelajar tersebut diiringi dan dibimbing oleh Cikgu Encik Abdul Rahman b. Rashid.
Pertandingan membangunkan aplikasi Java berlangsung pada 29 Julai 2008 di Perak Techno Trade Centre (PTTC) Jelapang Ipoh dan Keputusan Pertandingan dan penyampaian hadiah pada 31 Julai 2008 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.. Pelajar STAR telah mencipta aplikasi pembangunan perisian Portable Studen’,s Kits.

Keputusan pertandingan:-

Johan : SMK Hua Lian, Taping Perak
Naib Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) , Ipoh Perak.
Tempat Ke-3 : Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, Perak mendapat tempat ketiga.

Sekali, diharap melalui program ini ianya dapat memupuk minat pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selari dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan atau Knowledge Society. Tambahan pula, pada masa kini Teknologi Maklumat merupakan salah satu penyumbang utama dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada individu dan masyarakat.

KARNIVAL ICT 2009, 01OGOS2009 DI SM TEKNIK JALAN BRASH IPOH PERAK




Posted by Picasa

KARNIVAL ICT PERINGKAT SEKOLAH NEGERI PERAK 2009, 01 OGOS 2009

PERTANDINGAN karnival ict sekolah 2009 peringkat negeri perak ANJURAN Telekom Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah diadakan pada 01 Ogos 2008 di Sek Men Teknik, Persiaran Brash Ipoh Perak.10 buah sekolah negeri Perak telah dipilih untuk menyertai pertandingan rekabentuk laman web. Pertandingan tersebut berlangsung selama 3 jam di dewan Sek Menengah Teknik. Persiaran Brash, Ipoh Perak. Pertandingan rekabentuk laman web disertai oleh 2 pelajar Briged Bestari STAR iaitu:-1.Muhammad Zaim Yusran bin Zaidy (Tingkatan 4T) 2.Azirul Azeem Bin Mazri (Tingkatan 4P). Keputusannya:-Johan : Sek Men Ave Maria Ipoh, Naib Johan: STAR Ipoh, Ke 3: SM Teknik, Jalan Brash, Ipoh Perak. Pada masa yang sama beberapa kategori pertandingan telah diadakan di Karnival ICT tersebut seperti, senam robik, kuiz ICT, pemasangan PC dan lain-lain lagi .

AKTIVITI BRIGED BESTARI STAR 2009-PAMERAN PENANDA ARAS BRIGED BESTARI STAR DI SMK BESOUT SUNGKAI PERAK, 04-5 MEI 2009

Saturday, October 3, 2009

Aktiviti Lawatan Briged Bestari 19-21Mac 2008

Tuesday, September 1, 2009

AKTIVITI BRIGED BESTARI 2007

Monday, April 13, 2009

AKTIVITI BRIGED BESTARI NOVEMBER 2006




Kem Anak Perak di adakan pada 13-24 November 2006 bertempat di Universiti Petronas Tronoh, 4 pelajar dari tingkatan 4 iaitu FIKRI RAHMAT BIN M FAUZI, MOHD NAQIB BIN MOHD JASMI, MUHAMMAD SYADZUAN BIN SHAHIMI, dan MOHD HAZIQ BIN HARUN serta seorang guru pembimbing berkampung di asrama UTP untuk mengikuti kursus pengaturcaraan Java(Java Programming) menggunakan perisian Netbeans 6.0. Selama 2 minggu pensyarah UTP Encik Yew Kwang Hooi mengajar cara membangunkan perisian menggunakan pengaturcaraan Java. 35 buah sekolah menengah di negeri Perak telah dipilih untuk kem tersebut. Pertandingan untuk membangunkan perisian pembelajaran tersebut akan berlangsung pada Mac 2007.
Pada 15Mac, 2007 pertandingan Anak Perak Java Programming 2007 telah di adakan di Universiti Petronas, Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR), telah mendapat tempat ke-3 bagi daerah Kinta.

LOGO BRIGED BESTARI STAR

Merah bermaksud semangat para pelajar STAR yang berani menceburi dalam semua bidang bagi menyahut cabaran Negara terutamanya teknologi ICT.

Kuning melambangkan keceriaan dan semangat penerokaan dalam pengetahuan ICT.

Biru bermaksud perpaduan dan kemuafakatan para pelajar sekolah ini dalam menjalankan aktiviti berkaitan ICT.

Roda yang terletak dalam bulatan bermaksud teknologi IT merupakan sesuatu yang Amat penting pada masa kini dan selamanya.

Akademik, kecemerlangan, teknologi adalah moto bagi Briged Bestari sekolah ini.


VISI

Melahirkan pelajar yang mengetahui kemahiran teknologi yang dikehendaki pada masa kini dan menceburi kerjaya ini pada masa akan datang.

MISI

Membantu para guru untuk melancarkan proses pembelajaran berteraskan teknologi dan menjadikan sebuah sekolah yang berasaskan teknologi serba bestari.

MOTTO

Akademik, Kecemerlangan, Teknologi

PIAGAM

1) Memastikan para pelajar menguasai pengetahuan teknologi sejajar dengan kemajuan teknologi terkini.

2) Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap perkembangan semasa serta berkemampuan mengamal dan mengaplikasikan budaya ICT.

3) Menggalak dan mengamalkan nilai-nilai positif yang berasaskan pendidikan berteraskan teknologi IT.

AKTIVITI BRIGED BESTARI OGOS 2006


Bengkel Maxis Cyberlinq, pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai perkakasan komputer dan fungsinya.

AKTIVITI BRIGED BESTARI MAC 2006


Taklimat daripada pegawai Telekom Malaysia kepada pelajar Briged Bestari mengenai Schoolnet di Makmal Komputer Bestari.(11 Mac 2006 -Sabtu)

AKTIVITI BRIGED BESTARI FEBRUARI 2006



Lawatan pelajar Briged Bestari STAR ke Karnival Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, pada 15 Feb,2006 (Rabu).

AKTIVITI BRIGED BESTARI JANUARI 2006

JANUAR1 2006-Pada 23.01.2006 (Isnin), jam 9.00 pagi, semua 88 buah sekolah Bestari di Malaysia menjalankan ujilari bagi web base E-Bahan.

Wednesday, April 1, 2009

LAPORAN BRIGED BESTARI 2006


LAPORAN BRIGED BESTARI
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN SESI 2006

Penaung
Tn. Haji Mohd Shukor bin Shariff, AMP

Guru Penyelaras Bestari
En. Abdul Rahman bin Rashid

Juruteknik Komputer
Daeng Iskandar bin Abdullah Hasan

Pengerusi
Muhammad Ajwad b. Ghali

Naib Pengerusi
Muhd Fadhil b Hassan Basri

Setiausaha
Arham Fawwaz b. Mokhtar

Naib Setiausaha
Mohd Haziq b. Md. Harun

Bendahari
Muhd. Syafiq b. Abd. Hamid

Ketua-ketua Biro
Biro Laman Web Sekolah : Mohamad Haizad b. Safie
Biro Dokumentasi & Penerbitan : Emir Afif b. Mohamad Azlan
Biro Latihan : Muhamad Ariff b Anuar
Biro Infrastruktur : Mohd Syadzuan b. Shahimi

Tirai tahun 2006 disingkap dengan nafas baru. Mesyuarat pertama telah diadakan untuk memilih pucuk pimpinan baru bagi menerajui Briged Bestari pada tahun ini. Saudara Muhammad Ajwad telah diberi mandat untuk memegang jawatan pengerusi. Kami menjalankan tugas kami dengan penuh dedikasi agar status STAR selaku salah sebuah Sekolah Bestari Malaysia masyhur segah namanya.


AKTIVITI DAN PROGRAM

* Mesyuarat Jawatankuasa Induk Briged Bestari STAR
* Pendaftaran dalam talian (on-line)pelajar baru tingkatan 1 dan 4
* Pendaftaran dalam talian permohonan kemasukan ke SBP tahun 2007
* Buku program Majlis Anugerah Cemerlang dan Kejohanan Sukan Tahunan
* Buku program Kejohanan Bola Sepak MSSD Kinta 2
* Buku program Kejohanan Kriket SBP Zon Utara
* Lawatan ke Karnival Pusat Sumber dan Teknologi Maklumat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak
* Lawatan ke PC Fair di Stadium Indera Mulia, Ipoh
* Persembahan multimedia untuk majlis persaraan pengetua
* Kemaskini program SMSS Metaphor
* Ceramah tentang penyelenggaraan komputer kepada pelajar-pelajar Projek Khas tingkatan 1 dan 2
* Jualan ketika pasar malam setiap hujung minggu
* Penyelenggaraan makmal komputer bestari
* Kem Anak Perak, Java Programming 6-17 November 2006 (Empat Pelajar BB Tingkatan 4)

Kami berharap Briged Bestari akan terus bergerak dengan lancar atas kerjasama para guru dan pelajar pada masa akan datang untuk kebaikan bersama.

‘MENDIDIK JIWA DAN MINDA’

Disediakan oleh,
MOHD HAZIQ MD. HARUN
Naib Setiausaha

09September2006

BRIGED BESTARI 2006

AHLI JAWATANKUASA BB 2006

1.Muhammad Ajwad bin Ghali (Pengerusi)
2.Muhammad Fadhil bin Hassan Basri (Naib Pengerusi)
3.Arham Fawwaz bin Mokhtar (Setiausaha 1)
4.Mohammad Haziq bin Mohammad Harun (Setiausaha 2)
5.Muhammad Syafiq bin Abdul Hamid (Bendahari)

BIRO LATIHAN

1.Muhammad Ariff bin Anuar
2.Fikri Rahmat bin Mohammed Fauzi
3.Mohammd Ariff Haikal bin Mahadi
4. Muhammad Khairulnaqib bin Mohammad Zainal
5. Muhammad Nazrin bin Nor Ariffin
6. Mohammad Aiman bin Amri
7. Muhammad Izhar bin Abdul Rahman

BIRO INFRASTRUKTUR

1.Muhammad Syazwan bin Yaziz
2.Mohammad Farid Al-Azim bin Noruzi
3. Ahmad Mukhlis bin Rohaizak
4. Nor Hafiz bin Wahi
5. Mohamad Mustafa bin Abdul Hamid
6. Mohammed Hakim Maiden

BIRO LAMAN WEB

1.Muhammad Haizad bin Safie
2.Muhammad Syadzuan bin Shahimi
3.Haris Hilmi bin Abdullah Kamil
4.Mohammad Naqib bin Mohammad Jasmi
5.Ahmad bin Dzulkifli
6.Mohamad Farizuwan bin Abdul Rahman

BIRO DOKUMENTASI DAN PENERBITAN

1.Emir Afif bin Mohamad Azlan
2.Chairil Hafizz bin Khairi Thaw
3.Hanif Hayyi bin Hanafi
4.Mohammad Hasif bin Mohammad Latfi
5.Ashman Ezani bin Amirudin
6.Anas Al-Ansari bin Azizan

Tuesday, March 31, 2009

SPS, CARTA ORGANISASI, LOGO BESTARI & BUKU PANDUAN BRIGED BESTARI



Sistem Pengurusan Sekolah(SPS) bagi sekolah bestari pada tahun 1999-Okt 2006 dikenali sebagai Smart School Management Sistem (SSMS), semua aplikasi untuk pengurusan sekolah menggunakan sistem tersebut, contohnya kehadiran pelajar, kehadiran staf, pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum dan lain-lain lagi.

Buku Panduan Briged Bestari, diterbitkan pada tahun 2004 dan diedarkan kepada semua 88 buah sekolah bestari untuk pelaksanaannya pada tahun 2005.







Thursday, March 19, 2009

AKTIVITI BRIGED BESTARI DALAM PERTANDINGAN 2005


Program Anak Perak bermula pada tahun 2005, anjuran Jabatan Pelajaran Perak dengan kerjasama Syarikat SUN Microsystem, Pertandingan PERAK ICT WEEK 2005 (K-PERAK) telah diadakan pada 3 June 2005 di Bangunan Perak Techno Trade Centre(PTTC) di Jelapang, Ipoh Perak. Daripada 20 sekolah menengah, Empat pelajar STAR telah layak ke peringkat akhir dan berjaya mendapat temapt ke 4. Empat orang pelajar Briged Bestari adalah pelajar dari Tingkatan 3 iaitu;
1. Anas Al-Ansari B Azizan - Tingkatan 3T
2. Mohd Haziq Bin Md Harun – Tingkatan 3T
3. Muhamad Arif Bin Anuar - Tingkatan 3A
4. Radin Muhammad Kamil Bin Ahmad Awalludin – Tingkatan 3S

AKTIVITI LAWATAN BRIGED BESTARI 2005



LAWATAN BRIGED BESTARI KE MSC CYBERJAYA PADA 22 JULAI 2005, JUMAAT.

LAPORAN BRIGED BESTARI TAHUN 2005

BRIGED BESTARI TAHUN 2005
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

Penaung: Tn.Hj.Mohd Shukor bin Sharif
Timbalan Penaung: Kamaruddin bin Ghazali
Penyelaras: Encik Abdul Rahman bin Rashid
Guru-guru Penasihat: Encik Mohd Zaidi bin Basir
Encik Al-Azmi bin Abdul Rahman
Encik Daeng Iskandar bin Abdullah Hassan
Presiden : Mohd Latif Iqramie bin Mohamad Zaki
Naib presiden: Ahmad Taufiq bin Abdul Rahman
Setiausaha: Noor Hazmi bin Mohamad
Setiausaha 2: Mohammad Hasbullah bin Mazlan
Bendahari: Mohd Mursyidee bin Mohd Mihdzor
Muhammad Ajwad bin Ghali
Ketua-Ketua Biro
Infrastruktur: Abdul Rahim bin Ahmad
Dokumentasi dan Penerbitan: Mohamad Aiezuddin bin Jamaluddin
Latihan: Ahmad Hazwan bin Ahmad Hariri
Laman web: Ammar bin Shaidin

Tahun 2005 menjanjikan satu pembaharuan bagi Sekolah Tuanku Abdul Rahman setelah kewujudan pasukan Briged Bestari yang berperanan membantu pihak sekolah dalam membangunkan prasarana teknologi maklumat.Berbekalkan moto ‘Mendidik Jiwa dan Minda’ , sekolah bestari Malaysia yang berpengkalan di 88 buah sekolah di seluruh Malaysia dimana setiap satunya dilengkapi kemudahan makmal komputer. Pasukan Briged Bestari ini dipimpin oleh Encik Abdul Rahman bin Rashid selaku guru ‘Information Technology Coordinator’ [ITC] yang bertindak mengawal sistem berkomputer di sekolah ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan kerjasama baik daripada semua pihak seperti:

* Mengadakan mesyuarat untuk mengatasi masalah yang dihadapi
* Penyerahan vest kepada ahli Briged Bestari
* Mengemas makmal komputer bestari
* Menyediakan kemudahan penggunaan Makmal Bestari untuk semua pelajar pada setiap prep petang
* Mengemaskini data pelajar-pelajar di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Bestari [SSMS]
* Menyediakan buku aturcara Majlis Anugerah Cemerlang
* Menyediakan tag nama bagi ‘runner’ pada kejohanan sukan tahunan
* Membina laman web sekolah http://www. perakict.com/star
* Mengadakan lawatan ke Multimedia Super Corridor [MSC]

Pelbagai pembaharuan drastik telah dilakukan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat di malaysia.Diharap pasukan briged bestari dapat beroperasi dengan lebih baik pada masa hadapan.


DISEDIAKAN OLEH:

NOOR HAZMI BIN MOHAMAD
(SETIAUSAHA BRIGED BESTARI)

Majlis Penyerahan Vest Briged Bestari 2005


Suatu majlis penyerahan vest Briged Bestari telah dipengerusikan oleh Encik Kamaruddin Bin Ghazali, penolong Kanan HEM pada 21Jun2005 jam 3.30petang di bilik persidangan. Dalam majlis tersebut Penolong Kanan HEM telah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah dilantik menjadi Briged Bestari dan memberi sedikit taklimat mengenai tugas dan undang-undang Briged Bestari di STAR.
Pakaian Seragam
-Mempunyai logo rasmi yang diseragamkan oleh pihak BTP.
-Penggunaan tag nama.
-Baju T atau vest
-Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan penggunaan makmal komputer dan dasar keselamatan siber sistem bestari
-Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan insfrastruktur teknologi sekolah.
-Ahli Briged Bestari Mematuhi peraturan penggunaan bilik operasi/makmal bestari
-Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah.
Tugas dan Tanggungjawab
-Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
-Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan.
-Setiap ahli Briged Bestari mestilah merekodkan tugas harian.
Keselamatan
-Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci bilik operasi/makmal bestari yang berkaitan.
-Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan kunci.
Kerosakan
-Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada penyelaras Briged Bestari
-Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras atau pegawai yang diberi kuasa oleh penyelaras.
Kewangan
-Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat.
-Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan adalah mengikut budi bicara
-Penyalahgunaan wang bestari akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
-Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemas kini, dibentang dan disahkan dalam mesyuarat.
-Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan berbentuk peralatan hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah.
-Segala peraturan Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Vest Briged Bestari


13-16 Jun 2005, guru penyelaras bestari telah menghadiri mesyuarat keselamatan data ICT di Hotel Dynasty yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), pada hari akhir, BTP telah menyerahkan sebuah kotak yang mengandungi Vest Briged Bestari kepada 88 guru penyelaras bestari. Vest Briged Bestari adalah sumbangan daripada Telekom Smart School(TSS).