Friday, July 9, 2010

MSC MALAYSIA APICTA AWARDS 2010(Asia Pacific ICT Alliance Awards ) – BEST OF SECONDARY STUDENT PROJECT



MSC MALAYSIA APICTA AWARDS 2010(Asia Pacific ICT Alliance Awards ) – BEST OF SECONDARY STUDENT PROJECT

Pengenalan:

Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah penganjur MSC Malaysia APICTA Award 2010. Anugerah ini adalah acara tahunan bertujuan menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya di kalangan warga pendidik dan pelajar, sejajar dengan dasar yang diambil oleh pihak MOSTI berkaitan dengan inovasi dan kreativiti.

Pertandingan ini terdiri daripada 2 kategori Anugerah yang dibuka untuk para pelajar sekolah samada berkumpulan atau individu:
a. Best of Secondary Project (Projek sekolah Menengah Terbaik)
Anugerah ini diberikan kepada projek ICT yang paling inovatif (web-based, creative multimedia dan lain-lain) seperti yang dilakukan oleh pelajar atau sekumpulan pelajar daripada sekolah Menengah di Malaysia.
b. Best of Primary Project (projek Sekolah Rendah Terbaik)
Anugerah ini akan diberikan kepada projek ICT yang paling inovatif seperti (web-based, creative multimedia dan lain-lain) yang dilakukan oleh pelajar atau sekumpulan pelajar daripada sekolah Rendah di Malaysia.
Para hakim akan menilai projek dan menyenarai pendekkan peryertaan yang layak. Jika terpilih, para pelajar dikehendaki membuat “demo” mengenai projek mereka kepada barisan hakim pada tarikh yang akan ditentukan kemudian (di antara bulan Jun-Julai 2010).

Pencalonan boleh dilakukan secara online, melalui laman web www.mscmalaysia.my/apicta .

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Mei 2010.

Pada tahun 2010, 6 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil projek mereka di Teratai Meeting Room, Ground Floor MSC Headquaters, Multimedia Development Corporation (MdeC) 2360 Persiaran APEC, Cyberjaya pada 2 Julai 2010.
Sekolah-sekolah menengah yang telah terpilih ialah, STAR Ipoh, Sekolah Alam Shah Putrajaya, Maktab Rendah Sains Mara Selangor dan tiga sekolah harian sekitar Kuala Lumpur.

Tiga pelajar Briged Bestari STAR telah mula menghasilkan projek mereka sebulan sebelum pertandingan, proposal projek telah dihantar melalui email ke MSC sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu 28 Mei 2010,. Projek Briged Bestari STAR ialah The Robotic Gardener (Garb).

Tiga Palajar Briged Bestari STAR:-
1.MUHAMMAD SYAMIM BIN NAZIDA, TING.5S
2.AZIRUL AZEEM BIN MAZRI, TING.5S
3.MUHAMMAD NAQIB B MD SALIM, TING.5S
*JURUFOTO:MOHAMAD FARIZUWAN BIN ABDUL RAHMAN

No comments:

Post a Comment