Thursday, November 26, 2009
KEM EKONOMI 2009 ANJURAN KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG 13-15 NOV.2009
Pada 13-15 November 2009, seramai lima orang ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman iaitu Farizuwan b Abdul Rahman (4T), Muhamad Naqib b. Md Salim (4P), Azirul Azeem b. Mazri (4P), Muhammad Syamim b. Nazida (4S),Muhammad Zaim Yusran Bin Mohd Zaidy (4T) dan Ashman Ezani Bin Amirudin(4S) telah menyertai Kem Ekonomi anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang(KBGK) bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Kelab ini merupakan sebuah NGO melayu yang bergiat dalam kebaktian masyarakat sejak ditubuhkan pada tahun 1977.
Kem Ekonomi ini dianjurkan dengan kerjasama K-Perak Incorporated Sdn. Bhd. dan Jabatan Pelajaran Perak (JPN). Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para peserta kepada dunia usahawan dan potensi perniagaan global berinternet.
Peserta program ini adalah seramai 32 orang dari sekolah-sekolah di sekitar Perak iaitu :
i) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
ii) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
iii) Sekolah Menengah Anderson
iv) Sekolah Perempuan Methodist
v) Sekolah Raja Perempuan
vi) Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash
Pada hari pertama, iaitu Jumaat 13 November 2009 kami telah didedahkan tentang satu cara menarik untuk mengenali diri iaitu berbentuk segitiga tarikh lahir oleh Dr. Zieman. Setelah itu, kesemua peserta dibahagi kepada lima buah kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Zealous, Zeus, Independence Junior, Reverie dan Marvels. Setiap kumpulan dianggotai sekurang-kurangnya seorang peserta daripada STAR dan MCKK. Di sebelah malam, kami telah diberi motivasi untuk memperkembangkan potensi dan ciri kreatif serta inovatif dalam diri masing-masing. Kami juga telah dihiburkan dengan beberapa persembahan multimedia ‘Standup Comedy’. Peserta-peserta juga telah diberi sejumlah masa untuk memikirkan tentang persembahan lamanweb dan standup comedy.
Pada hari kedua, Sabtu 14 November 2009 kami telah dibawa ke Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) untuk sesi pembinaan laman web untuk e-commerce. Keseluruhan slot-slot ini dibimbing oleh En. Zaidi yang pakar dalam bidang ICT dan laman web. Setelah tamat, iaitu pada pukul 5.00 petang kami kembali ke Hotel Hillcity dan bersiap sedia untuk slot persembahan standup comedy pada malam tersebut. Seorang daripada ahli kelab tersebut telah memberi taklimat tentang bagaimana menjadikan hobi sebagai satu perniagaan. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar kita iaitu Muhammad Naqib b. Md Salim telah berjaya mendapat hadiah berupa seutas jam tangan berjenama Casio setelah berjaya menjawab soalan daripada fasilitator. Selepas itu, peserta-peserta telah mempersembahkan jenaka spontan masing-masing. Selepas slot tersebut, para peserta telah diberi masa ataupun disebut sebagai ‘Brainstorming’ untuk menyiapkan sentuhan terakhir bagi mempersembahkan hasil kreativiti masing-masing dalam membina laman web perniagaan.
Pada hari terakhir iaitu Ahad, 15 November 2009 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap peserta program ini. Setelah sarapan, para peserta diminta bersiap sedia untuk mempersembahkan laman web kumpulan masing-masing. Persembahan tersebut telah berlangsung selama satu jam. Program ini diteruskan pula dengan malis penutup dan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta yang berjaya mengungguli acara-acara. Bagi acara StandUp Comedy, Kumpulan Marvels yang dianggotai oleh Muhamad Naqib b. Md Salim(Starians) telah dinobatkan sebagai johan. Sijil dan trofi diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Bagi acara membina laman web e-commerce pula kumpulan Zeus yang turut dianggotai oleh Azirul Azeem b. Mazri (Starians) telah diberi hadiah berupa vaucer untuk dibelanjakan di pusat membeli-belah Jusco atau AEON Berhad setelah berjaya membangunkan laman web yang cemerlang. Program ini diakhiri dengan makan tengahari dan sesi bergambar.
Walaupun program ini diadakan dalam masa yang singkat, namun para peserta telah memanfaatkan masa sepenuhnya dan berusaha untuk mengambil pengalaman sebanyak mungkin. Disamping itu, para peserta juga telah mebina hubungan yang kukuh dengan peserta dari sekolah lain. Dalam kem ini,peserta Sekolah Tuanku Abdul Rahman dilihat lebih menyerlah apabila perbandingan dibuat. Terima kasih kepada guru pengiring kami, Encik Abdul Rahman Bin Rashid kerana membantu dan member semangat serta sokongan dalam Kem Bakti Gunung Keledang ini.
Disediakan oleh:
Azirul Azeem bin Mazri
Briged bestari STAR 2009
PROGRAM RAKAN MUDA – CINTA ALAM LAWATAN BRIGED BESTARI STAR KE SANTUARI BURUNG KUALA GULA, TAIPING PERAK 16NOV.2009
Pada 16 November 2009 yang lalu, ahli-ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah melakukan satu lawatan ke santuari burung di Kuala Gula, Taiping Perak. Lawatan ini disertai oleh 40 ahli briged bestari STAR yang terdiri daripada Tingkatan 1,2,3 dan 4. Pelajar tingkatan 5 tidak dapat mengikuti lawatan ini kerana mereka bakal menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada 18 November 2009.
Kuala Gula, Taiping merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah.
Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan bas Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Sebelum melepasi pagar, rombongan lawatan ini sempat bergambar dengan rentangan lawatan. Peserta rombongan memakai baju hitam berlogo Rakan Muda dan beridentiti Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Setelah dua jam perjalanan, rombongan kami tiba di tempat tujuan kami iaitu Santuari Burung Kuala Gula yang juga merupakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Di sini, pelbagai spesies burung-burung dan hidupan paya bakau dijaga bagi memastikan spesies-spesies tersebut kekal berpanjangan dan tidak pupus ditelan zaman.
Setibanya kami di sana, kami sekali lagi bergambar kenangan bersama kakitangan dan pekerja santuari burung tersebut. Kedatangan kami disambut baik oleh kakitangan bertugas di sana. Kami telah diberi penerangan tentang Pusat Santuari Burung dan Jabatan Perhilitan oleh seorang pegawainya bernama Encik Ishak.
Kami juga dipersembahkan dengan tayangan video menjelaskan tentang sejarah dan keistimewaan Kuala Gula, Taiping. Dahulunya, Kuala Gula merupakan pengeluar gula dan mempunyai ladang tanaman tebu. Buktinya, sehingga sekarang masih ada ladang dinamakan Ladang Gula walaupun ladang tersebut merupakan ladang tanaman kelapa sawit. Namun begitu, dengan hasil nelayan di sini, Kuala Gula sekarang telah memainkan peranan sebagai pengeluar belacan dengan adanya kilang belacan di sini.
Kami telah dibawa melihat pameran tentang spesies-spesies hidupan lindungan dan seterusnya melawat perkampungan nelayan. Walaupun kami tidak berkesempatan menaiki bot untuk melihat burung, kami dapat melihat dengan jelas keistimewaan Kuala Gula iaitu kepelbagaian burung dan hidupan lain. Burung-burung bebas berterbangan di atas permukaan air. Selepas itu, kami dibawa untuk menjamu selera sebagai santapan tengahari di kantin Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Taiping. Kami amat bertuah kerana dapat menikmati hidangan nasi ayam yang dimasak khas untuk kami. Setelah puas menjamu selera, kami diberikan peluang lagi sekali untuk meninjau pusat eko-pelancongan bersebelahan dengan santuari burung. Di sini terdapat banyak chalet dan infrastrukturnya menarik kerana berhampiran dengan kuala sungai.Setelah semuanya berakhir, kami berangkat pulang ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Kami memasuki pagar utama Sekolah Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 3.00 petang.
Walaupun lawatan ini hanya sebentar, namun kami telah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberi. Kami telah diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan melindungi hidupan yang diancam kepupusan.
Disediakan oleh:
Azirul Azeem bin Mazri
Tingkatan 4P)
Briged Bestari 2009.
17 November , 2009
Wednesday, November 25, 2009
PROGRAM RAKAN MUDA-REMAJA SIBER BENGKEL SUNTINGAN VIDEO BRIGED BESTARI S.T.A.R DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK (BTPN PERAK)-04NOV2009
Pada 4 November 2009, ahli-ahli Briged Bestari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) telah melaksanakan satu aktiviti lawatan pembelajaran ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)Perak, Ipoh. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para ahli Briged Bestari STAR terhadap cara-cara suntingan video dan multimedia dengan lebih mendalam lagi. Program ini dinamakan Bengkel Suntingan Video yang dianjurkan oleh Rakan Muda dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)Perak. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah terdiri daripada pelajari tingkatan 1, 2, 3 dan 4 ahli Briged Bestari.
Para peserta bertolak ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Setibanya kami di sana, kami disambut oleh pegawai-pegawai yang bertugas di sana. Sesudah itu, kami telah diminta untuk memasuki Makmal komputer Putra Bestari di aras dua bangunan tersebut.
Pada awalnya, kami telah diperkenalkan dengan fasilitator iaitu saudara Muhammad Haziq Bin Muhammad Faisal dari Sekolah Menengah Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak. Beliau berusia 15 tahun merupakan rakan sebaya dalam program Rakan Muda-Remaja Siber ini. Kami difahamkan bahawa beliau baru saja habis menduduki peperiksaan PMR semalam dan merupakan seorang yang berkebolehan dalam mengendali perisian yang bakal kami pelajari iaitu Sony Vegas. Perisian ini merupakan perisian yang digunakan oleh pakar suntingan video dan kami amat berbangga serta menghargainya kerana berpeluang mempelajari perisian ini. Setelah itu, mengikut jadual 10.00 pagi para peserta berehat untuk sesi minum pagi di kantin.
Pembelajaran kami diteruskan dengan penerangan lebih lanjut mengenai perisian ini. Kami telah diberi masa untuk mengumpul bahan-bahan bagi menghasilkan video menggunakan idea sendiri. Setiap peserta meneruskan pembelajaran dengan memulakan proses menyunting video dan dibimbing oleh fasilitator yang bertugas. Setiap peserta juga dibenarkan bertanya apabila menghadapi kesulitan dan peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Kami berehat sebentar untuk makan tengahari dan solat zohor. Kemudian proses pembelajaran kami diteruskan dengan kembali ke makmal komputer putra bestari.
Para peserta yang Berjaya menghasilkan video tersendiri telah manyimpan hasil kerja mereka di dalam pendrive masing-masing. Sebelum berangkat pulang ke sekolah, kami telah menerima sijil kehadiran bengkel suntingan tersebut yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Encik Muhammad Faisal, setelah selesai acara penyerahan sijil kehadiran, semua pelajar Briged Bestari bergambar kenangan bersama fasilitator, guru pengiring dan pegawai yang bertugas.
Walaupun program bengkel ini dalam masa yang terhad dan singkat, para peserta telah memanfaatkannya sepenuhnya. Segala ilmu yang diperolehi oleh peserta adalah sedia untuk dikongsi bersama-sama. Ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kami berikan kepada pihak Rakan Muda kerana telah member kami peluang keemasan ini. Juga tidak dilupakan kepada guru pengiring kami yang sentiasa bersedia menabur bakti kepada kami dalam masa senang dan susah iaitu Encik Abdul Rahman bin Rashid.
Disediakan oleh:
Azirul Azeem bin Mazri
(Tingkatan 4P)
Briged Bestari 2009.
17 November , 2009
Labels:
AKTIVITI BRIGED BESTARI 2007
Sunday, November 22, 2009
Briged Bestari STAR-PERTANDINGAN JAVA PROGRAMMING DI UTP, TRONOH PERAK 2008
Program Latihan Pengatucaraan Java (Java Programming) Anak Perak 2008 telah berlangsung pada 12-17 Jun 2008 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak. Program tersebut yang dianjurkan oleh K-Perak INC Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Yayasan Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pihak pengurusan UTP iaitu Jabatan Komputer dan Sains Maklumat UTP. Dalam tempoh latihan selama seminggu, semua pelajar dan guru-guru pengiring berkampung diasrama UTP. Sesi pembelajaran adalah dari pagi, petang dan malam. Program ini berkonsepkan project based learning (PBL) yang mana ianya memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru pengiring mengenai pengaturan java secara khususnya. Syarikat yang menyediakan bahasa pengaturan java ini ialah Sun Microsystem Inc ianya menyediakan java SDK (software Development Kit), Java SEE ( Software Enterprise Edition), Java Servelet dan Java Bean.
Sebanyak 35 buah sekolah menengah negeri Perak yang terpilih telah menyertai program tersebut diantaranya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, MCKK, Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, SERATAS, Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, SMK Hua Lian, Taiping, SMK King Edward VII dan Lain-lain lagi. STAR terdiri daripada 4 orang pelajar Briged Bestari tingkatan 4 iaitu Ahmad Mujahid Husni Bin Salim (ketua Kumpulan), Ahmad Mukhlis bin Rohaizak , Chairil Hafizz Bin Chairil Thaw dan Muhammad Aiman Harith bin M. Zubir. Pelajar-pelajar tersebut diiringi dan dibimbing oleh Cikgu Encik Abdul Rahman b. Rashid.
Pertandingan membangunkan aplikasi Java berlangsung pada 29 Julai 2008 di Perak Techno Trade Centre (PTTC) Jelapang Ipoh dan Keputusan Pertandingan dan penyampaian hadiah pada 31 Julai 2008 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.. Pelajar STAR telah mencipta aplikasi pembangunan perisian Portable Studen’,s Kits.
Keputusan pertandingan:-
Johan : SMK Hua Lian, Taping Perak
Naib Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) , Ipoh Perak.
Tempat Ke-3 : Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, Perak mendapat tempat ketiga.
Sekali, diharap melalui program ini ianya dapat memupuk minat pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selari dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan atau Knowledge Society. Tambahan pula, pada masa kini Teknologi Maklumat merupakan salah satu penyumbang utama dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada individu dan masyarakat.
Sebanyak 35 buah sekolah menengah negeri Perak yang terpilih telah menyertai program tersebut diantaranya Sekolah Tuanku Abdul Rahman, MCKK, Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, SERATAS, Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, SMK Hua Lian, Taiping, SMK King Edward VII dan Lain-lain lagi. STAR terdiri daripada 4 orang pelajar Briged Bestari tingkatan 4 iaitu Ahmad Mujahid Husni Bin Salim (ketua Kumpulan), Ahmad Mukhlis bin Rohaizak , Chairil Hafizz Bin Chairil Thaw dan Muhammad Aiman Harith bin M. Zubir. Pelajar-pelajar tersebut diiringi dan dibimbing oleh Cikgu Encik Abdul Rahman b. Rashid.
Pertandingan membangunkan aplikasi Java berlangsung pada 29 Julai 2008 di Perak Techno Trade Centre (PTTC) Jelapang Ipoh dan Keputusan Pertandingan dan penyampaian hadiah pada 31 Julai 2008 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.. Pelajar STAR telah mencipta aplikasi pembangunan perisian Portable Studen’,s Kits.
Keputusan pertandingan:-
Johan : SMK Hua Lian, Taping Perak
Naib Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) , Ipoh Perak.
Tempat Ke-3 : Sekolah Menengah Intergrasi Gopeng, Perak mendapat tempat ketiga.
Sekali, diharap melalui program ini ianya dapat memupuk minat pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selari dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan atau Knowledge Society. Tambahan pula, pada masa kini Teknologi Maklumat merupakan salah satu penyumbang utama dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada individu dan masyarakat.
KARNIVAL ICT PERINGKAT SEKOLAH NEGERI PERAK 2009, 01 OGOS 2009
PERTANDINGAN karnival ict sekolah 2009 peringkat negeri perak ANJURAN Telekom Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah diadakan pada 01 Ogos 2008 di Sek Men Teknik, Persiaran Brash Ipoh Perak.10 buah sekolah negeri Perak telah dipilih untuk menyertai pertandingan rekabentuk laman web. Pertandingan tersebut berlangsung selama 3 jam di dewan Sek Menengah Teknik. Persiaran Brash, Ipoh Perak. Pertandingan rekabentuk laman web disertai oleh 2 pelajar Briged Bestari STAR iaitu:-1.Muhammad Zaim Yusran bin Zaidy (Tingkatan 4T) 2.Azirul Azeem Bin Mazri (Tingkatan 4P). Keputusannya:-Johan : Sek Men Ave Maria Ipoh, Naib Johan: STAR Ipoh, Ke 3: SM Teknik, Jalan Brash, Ipoh Perak. Pada masa yang sama beberapa kategori pertandingan telah diadakan di Karnival ICT tersebut seperti, senam robik, kuiz ICT, pemasangan PC dan lain-lain lagi .
Subscribe to:
Posts (Atom)