Tuesday, March 31, 2009

SPS, CARTA ORGANISASI, LOGO BESTARI & BUKU PANDUAN BRIGED BESTARI



Sistem Pengurusan Sekolah(SPS) bagi sekolah bestari pada tahun 1999-Okt 2006 dikenali sebagai Smart School Management Sistem (SSMS), semua aplikasi untuk pengurusan sekolah menggunakan sistem tersebut, contohnya kehadiran pelajar, kehadiran staf, pengurusan akademik, pengurusan kokurikulum dan lain-lain lagi.

Buku Panduan Briged Bestari, diterbitkan pada tahun 2004 dan diedarkan kepada semua 88 buah sekolah bestari untuk pelaksanaannya pada tahun 2005.







Thursday, March 19, 2009

AKTIVITI BRIGED BESTARI DALAM PERTANDINGAN 2005


Program Anak Perak bermula pada tahun 2005, anjuran Jabatan Pelajaran Perak dengan kerjasama Syarikat SUN Microsystem, Pertandingan PERAK ICT WEEK 2005 (K-PERAK) telah diadakan pada 3 June 2005 di Bangunan Perak Techno Trade Centre(PTTC) di Jelapang, Ipoh Perak. Daripada 20 sekolah menengah, Empat pelajar STAR telah layak ke peringkat akhir dan berjaya mendapat temapt ke 4. Empat orang pelajar Briged Bestari adalah pelajar dari Tingkatan 3 iaitu;
1. Anas Al-Ansari B Azizan - Tingkatan 3T
2. Mohd Haziq Bin Md Harun – Tingkatan 3T
3. Muhamad Arif Bin Anuar - Tingkatan 3A
4. Radin Muhammad Kamil Bin Ahmad Awalludin – Tingkatan 3S

AKTIVITI LAWATAN BRIGED BESTARI 2005



LAWATAN BRIGED BESTARI KE MSC CYBERJAYA PADA 22 JULAI 2005, JUMAAT.

LAPORAN BRIGED BESTARI TAHUN 2005

BRIGED BESTARI TAHUN 2005
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

Penaung: Tn.Hj.Mohd Shukor bin Sharif
Timbalan Penaung: Kamaruddin bin Ghazali
Penyelaras: Encik Abdul Rahman bin Rashid
Guru-guru Penasihat: Encik Mohd Zaidi bin Basir
Encik Al-Azmi bin Abdul Rahman
Encik Daeng Iskandar bin Abdullah Hassan
Presiden : Mohd Latif Iqramie bin Mohamad Zaki
Naib presiden: Ahmad Taufiq bin Abdul Rahman
Setiausaha: Noor Hazmi bin Mohamad
Setiausaha 2: Mohammad Hasbullah bin Mazlan
Bendahari: Mohd Mursyidee bin Mohd Mihdzor
Muhammad Ajwad bin Ghali
Ketua-Ketua Biro
Infrastruktur: Abdul Rahim bin Ahmad
Dokumentasi dan Penerbitan: Mohamad Aiezuddin bin Jamaluddin
Latihan: Ahmad Hazwan bin Ahmad Hariri
Laman web: Ammar bin Shaidin

Tahun 2005 menjanjikan satu pembaharuan bagi Sekolah Tuanku Abdul Rahman setelah kewujudan pasukan Briged Bestari yang berperanan membantu pihak sekolah dalam membangunkan prasarana teknologi maklumat.Berbekalkan moto ‘Mendidik Jiwa dan Minda’ , sekolah bestari Malaysia yang berpengkalan di 88 buah sekolah di seluruh Malaysia dimana setiap satunya dilengkapi kemudahan makmal komputer. Pasukan Briged Bestari ini dipimpin oleh Encik Abdul Rahman bin Rashid selaku guru ‘Information Technology Coordinator’ [ITC] yang bertindak mengawal sistem berkomputer di sekolah ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan kerjasama baik daripada semua pihak seperti:

* Mengadakan mesyuarat untuk mengatasi masalah yang dihadapi
* Penyerahan vest kepada ahli Briged Bestari
* Mengemas makmal komputer bestari
* Menyediakan kemudahan penggunaan Makmal Bestari untuk semua pelajar pada setiap prep petang
* Mengemaskini data pelajar-pelajar di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Bestari [SSMS]
* Menyediakan buku aturcara Majlis Anugerah Cemerlang
* Menyediakan tag nama bagi ‘runner’ pada kejohanan sukan tahunan
* Membina laman web sekolah http://www. perakict.com/star
* Mengadakan lawatan ke Multimedia Super Corridor [MSC]

Pelbagai pembaharuan drastik telah dilakukan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat di malaysia.Diharap pasukan briged bestari dapat beroperasi dengan lebih baik pada masa hadapan.


DISEDIAKAN OLEH:

NOOR HAZMI BIN MOHAMAD
(SETIAUSAHA BRIGED BESTARI)

Majlis Penyerahan Vest Briged Bestari 2005


Suatu majlis penyerahan vest Briged Bestari telah dipengerusikan oleh Encik Kamaruddin Bin Ghazali, penolong Kanan HEM pada 21Jun2005 jam 3.30petang di bilik persidangan. Dalam majlis tersebut Penolong Kanan HEM telah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah dilantik menjadi Briged Bestari dan memberi sedikit taklimat mengenai tugas dan undang-undang Briged Bestari di STAR.
Pakaian Seragam
-Mempunyai logo rasmi yang diseragamkan oleh pihak BTP.
-Penggunaan tag nama.
-Baju T atau vest
-Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan penggunaan makmal komputer dan dasar keselamatan siber sistem bestari
-Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan insfrastruktur teknologi sekolah.
-Ahli Briged Bestari Mematuhi peraturan penggunaan bilik operasi/makmal bestari
-Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah.
Tugas dan Tanggungjawab
-Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
-Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan.
-Setiap ahli Briged Bestari mestilah merekodkan tugas harian.
Keselamatan
-Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci bilik operasi/makmal bestari yang berkaitan.
-Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan kunci.
Kerosakan
-Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada penyelaras Briged Bestari
-Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras atau pegawai yang diberi kuasa oleh penyelaras.
Kewangan
-Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat.
-Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan adalah mengikut budi bicara
-Penyalahgunaan wang bestari akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
-Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemas kini, dibentang dan disahkan dalam mesyuarat.
-Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan berbentuk peralatan hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah.
-Segala peraturan Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Vest Briged Bestari


13-16 Jun 2005, guru penyelaras bestari telah menghadiri mesyuarat keselamatan data ICT di Hotel Dynasty yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), pada hari akhir, BTP telah menyerahkan sebuah kotak yang mengandungi Vest Briged Bestari kepada 88 guru penyelaras bestari. Vest Briged Bestari adalah sumbangan daripada Telekom Smart School(TSS).

Penubuhan Briged Bestari S.T.A.R


Pada tahun 2005, Bahagian Teknologi Pendidikan telah memaklumkan bahawa semua 88 buah sekolah bestari mewujudkan pengawas ICT yang dikenali sebagai Briged Bestari. Briged Bestari adalah satu pasukan pengawas khas seperti pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, telah menubuhkan Briged Bestari pada 21 Jun 2005, seramai 35 pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1-5 telah dilantik oleh guru tingkatan.

Ahli Jawatankuasa Briged Bestari 2005


Dari kiri Pengerusi Briged Bestari 2005 saudara Latiff Iqramie bin Mohd Zaki, saudara Ahmad Taufiq bin Abd Rahman Naib Pengerusi dan saudara Mohd Mursyidee bin Mohd Mihdzor, bendahari BBestari 2005